Wednesday, March 5, 2014

TEST POWER ENERGI SUPERNATURAL


Assalammualaikum...

Salam sejahtera..dah lama saya tak pos untuk blog ini..

Sempena bulan Mac yang baru muncul ini.. saya ingin tawarkan perkhidamtan percuma (TEST DRIVE-TEST POWER) Energi Supranatural untuk lelaki sahaja.. Keilmuan ini akan saya ijazahkan "separuh" untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk merasakan energi ini dalam tempoh setengah jam.. Semuanya percuma tanpa ada sebarang mahar... Anda akan rasakan bagaimana energi ini mengalir dalam badan anda untuk seketika.. Saya hanya buka untuk 7 orang yang bertuah dan berminat sahaja.. Ilmu ini bersanad.. tempoh pengijazahan setengah jam secara "jarak Jauh" sahaja.. Berikut syaratnya :-


  1.  Lelaki 
  2. Bukan lahir pada hari SABTU
  3. Berikan nama penuh dan tarikh lahir sahaja
  4.  Ikhlas untuk menimba ilmu (sebaik2nya)
  5.  Niat tak ikhlas nak test power pun boleh (Tak berapa baik)
  6.  Pengisian mengikut first come first serve
  7.  Sedia memberikan testimonial fenomena yang dirasakan. (Kalau tak rasa, tak perlu)
  8. SIla hubungi saya melalui email wibawalaki@gmail.com

-------------------------------------------------------------
** Bukan ilmu kebatinan percuma, ilmu rasa, ilmu hikmah, ilmu kanuraga, tenaga dalam, ilmu zikir, lawan jin, 

Saturday, June 22, 2013

Tips Lelaki - Lelaki Semakin Holistik Bila Memasuki Alam Supranatural Yang HAQ


Menjadi luar biasa? Memiliki kesaktian ? Memiliki Ilmu Pengasih memukau Wanita ? Mempunyai ilmu penggerun ?????

Seterusnya perbincangan kita kali ini setelah menelusuri beberapa aspek sebelum ini tentang Hakikat Lelaki & Lelaki Spiritual.. Kita sambung perbicaraan mengenail SUPRANATURAL / SUPERNATURAL ..

Ianya berkaitan dengan kemampuan yang tidak dapat dijelaskan dengan mata kasar.. Kadang-kadang ianya berlaku dengan sifat mencarik adat. Boleh hilang, boleh terbang, boleh sedut duit dan macam-macam lagi.. Tapi bukan supranatural begini yang kita mahu bincangkan.

Apa yang ingin dibincangkan disini ialah tentang usaha melengkapkan diri LELAKI dengan ilmu supranatural yang bersifat defensif (HAQ) sebagai benteng diri secara batin dengan ilmu yang haq dari segala macam bentuk gangguan jin dan syaitan serta hasad dengki manusia (nyata & ghaib (sihir) )

Semakin maju  dunia ini semakin ramai manusia yang akan menggunakan jalan mudah untuk untuk menyelesaikan masalah kehidupan. Ramai LELAKI yang mempunyai status Public Figure seperti artis dan orang kenamaan sering menghadapi dugaan sebegini rupa. Diserang zahir dan batin sampai hilang pertimbangan. Hilang fokus dan tumpuan dalam usaha mencari rezeki hasil dari khianat orang. Habis duit beribu-ribu mencari orang bijak pandai untuk mengubati sakit derita yang ditanggung. Selagi tidak sembuh selagi itu diikhtiarkan mencari orang bijak pandai. Kadang-kadang bukan pandai mengubat tapi ramai yang pandai berbohong.

Ini semua berlaku akibat pepatah melayu sudah terhantuk baru nak terngadah. Tiada persiapan awal sebelum berperang dipentas sendiri. Gagal mengesan kehadiran anasir negatif yang cuba menggangu. Jika tiada ilmunya manakan bisa mengenal yang betul atau salahnya. Manusia ini seribu satu macam gelagat dan kelatahnya.Kawan baik pun kadang-kadang boleh menjadi musuh. Nilai wang ringgit lebih menjadi keutamaan sehingga membuang nilai persahabatan. Begitulah jika menjadi lelaki yang tidak mengenal hakikat ADAM.

Setelah berlakunya hal yang demikian, kadang-kadang berbisik didalam hati, tidak cukupkah dengan solat, puasa dan ibadah yang dilakukan. Kenapa sudah sembahyang dan melaksanakan ibadah yang lainya tapi masih boleh lagi terkena hasad dengki manusia, sihir, santet, guna-guna dan seangkatan denganya. Solat dan ibadah yang kita lakukan bukanlah tujuannya untuk melindung serta membenteng diri dari gangguan jin dan syaitan. Bukankah niat solat dan ibadah kita itu hanya SEMATA-SEMATA MUTLAQ kerana Allah. Bagi mewujudkan ruangan hubungan antara mahkluk dan Khalik. Bukanlah untuk melindung dari kejahatan Syaitan berbentuk hasad dengki. Jika tidak dibaiki niatnya semakin jauh nilai solat kita disisi Allah.

Allah menyatakan solat itu mencegah dari kemungkaran. Mencegah tuanya dari melakukan pekara-pekara Fahisyah. Bahkan ketika solat masih ada lagi syaitan yang bernama "Khinzab" bagi meragukan manusia.Apatah lagi diluar solat.

Didalam Al-Quran Allah jua telah mengizinkan Iblis mengganggu semua anak adam sehingga qiamat kecuali hambanya yang IKHLAS. Jadi hambanya yang mukmin, muslim , fasiq, semuanya pasti diganggu Iblis selagi tidak sempai ke maqam Ikhlas dalam beribadah. Maka tidak mustahil, golongan-golongan ustaz, ilmua agama juga turut menerima gangguan syaitan dalam bentuk sihir, santet dan guna-guna..

Didalam kelimuan bersifat Energi Supranatural inilah yang akan menjadi asbab terhalangnya dari ganguan jin dan syaitan. Berbentukan musyahadah kepada Allah setiap detik dan saat memimpin diri kepada jalan yang IKHLAS.

Tips Lelaki - Pembangunan Spiritual Lelaki

Beberapa post sebelum ini banyak berkisarkan tentang hakikat kejadian lelaki. Memahami dan mengenalpasti kejadian lelaki adalah perlu walaupun dia adalah seorang lelaki. Tujuanya adalah untuk mengenal kewujudan lelaki di muka bumi ini dan apa fungsinya. Supaya tidak tersasar jauh didunia yang asyik ini. Ramai lelaki hari ini yang mengalami masalah yang banyak dalam kehidupanya akibat tidak mengetahui hakikat kejadianya. Apa yang telah saya kongsikan sebelum ini adalah penyampaian dalam bentuk ringkas sahaja..



SPIRITUAL

Spiritual adalah satu ungkapan yang sering didengar. Ianya berkaitan dengan Rohani, Batiniah dan juga kaitan dengan agama. Sebagai muslim tuntutan pembinaan spiritual ataupun rohaniah itu adalah amat penting. Pokok asasnya telah pun kita ketahui. Ustaz2 di sekolah, kolej dan universiti telah banyak mengajar kita tentang pekara-pekara asas penghidupan rohani berdasarkan amal ibadah kita kepada Allah. Rukun Islam yang 5 itu wajib kita lakukan sebagai tanggungjawab kita kepada Allah sekaligus akan meningkatkan keperluan Rohani / Spiritual seseorang dalam menongkah arus kehidupan di dunia. Tenaga spiritual seseorang akan bertambah selepas melakukan amalan-amalan wajib diikuti dengan amalan2 nawafil (sunat).


Pentingnya nilai spiritual kepada seluruh manusia amnya, dan khususnya buat kaum adam . Ia amat berkaitan dengan tanggungjawab kaum adam yang lebih berat dari Hawa untuk memimpinn dunia, memimpin keluarga, memimpin ditempat kerja, memimpin diri dan mengawal emosi agar menjadi lebih waras dan relevan setiap masa.

MASALAH TANPA SPIRITUAL

Biasanya bagi lelaki yang lemah tahap spiritualnya akan mengalami beberapa ganguan kosentrasi seperti :-
  1. Mudah marah sehingga sampai ke tahap memudharatkan orang lain
  2. Perasaan yang sukar dikawal ibarat tiada panduan dan pedoman.
  3. Tidak mempunyai hala tuju. Sering jiwanya kosong
  4. Mudah buat jahat seperti tipu, curi, rasuah, bunuh, gaduh, rogol,curang dan lain2.
Jadi, sebagai konklusinya mulakan hidup kita dengan mengamal serta melaksanakan tuntutan yang telah diwajibkan ke atas kita. Mulakan dengan sedikit tetapi berterusan. Bagi muslim ikut cara muslim. Bagi bukan muslim ikut cara spiritual agama masing2.. Kerana semua agama menganjurkan perkara kebaikan. Tiada paksaan dalam Islam.


Hakikat Lelaki - Tips Lelaki Syurga

Lelaki diciptakan tuhan sebagai pelindung kepada kaum wanita. Diciptakan wanita itu sebagai teman bagi lelaki. Adam kesepian didalam syurga Allah berikan pasanganya Hawa yang berasal dari rusuk kirinya. Keinginan seorang lelaki kepada seorang perempuan adalah FITRAH. Inilah HAKIKAT sebenar kejadian lelaki. Bersyukur kita kerana dipilih menjadi lelaki. Banyak benda dan manfaat yang boleh kita lakukan sebagai sumbangan kaum Adam dimuka bumi ini. Kita sebagai peneraju keluarga, kita sebagai pemimpin, kita sebagai pembela anak-anak, kita sebagai teman kepada isteri dan bermacam lagi jawatan yang perlu kita sandang dalam menjadi lelaki.


Dewasa kini, perkembangan Gay, PLU, Bisex, Maknyah sangat hebat berlaku. Walaupun ianya fenomena yang sudah lama, tapi sehingga hari ini ia seperti tidak ada noktahnya. Golongan remaja lelaki anak ikan seawal 14 tahun sudah berani mempamerkan tubuh badan tanpa seurat benang. Ketagih mencari abang-abang yang hensem untuk dijadikan teman hidup. Begitu juga sebaliknya, lelaki Gay dewasa (senior gay) akan mencari anak-anak ikan untuk memuaskan nafsunya dengan imbuhan yang menjadikan anak ikan suka dengan kehidupan begitu.


Ya, mungkin ada setengah pendapat menyatakan, gay adalah sifat semulajadi yang sedia ada semenjak kecil lagi. Bukan dipinta untuk dilahirkan mempunyai nafsu terhadap sesama jantina.Sebahagian lagi mengatakan hormon perempuan terlebih dalam diri seorang lelaki. Benarkah begitu ????

Setiap anak adam yang lahir dalam keadaan SUCI (FITRAH). Hadis Rasulluah menyatakan  "Setiap anak yang lahir adalah dalam keadaan suci(fitrah), berpotensi untuk berbuat baik dan buruk tergantung orang tuanya, samada dijadikannya Yahudi, Nashrani atau Majusi"

Jika difaham maksud zahirnya sememangnya hadis ini memang membicarakan FITRAH itu membawa maksud ISLAM, maka samada bapanya atau ibunya yang mencorakan agama seterusnya.

Maksud tersurat lain yang boleh kita fahami dari hadis ini adalah SEMUA YANG BARU LAHIR SEMEMANGNYA FITRAH (ASLI & SEMPURNA) DALAM KEJADIANYA. SEKIRANYA DIA DITAKDIRKAN ALLAH SEBAGAI SEORANG LELAKI MAKA DIA MEMANG LELAKI SEJATI TIDAK AKAN ADA HORMON WANITA BERLEBIHAN DIDALAM JASADNYA.

Maka bagaimanakah boleh adanya bayi yang lahir apabila besar menjadi lelaki lembut, menjadi lelaki yang suka kepada lelaki ?????

Kita Lelaki tetap lelaki yang cenderung kepada kaum HAWA. Tidak akan sesekali kita kaum Adam akan cederung kepada Lelaki sekiranya kita :-

1. Ingat Janji Setia kita kepada Allah
2. Memahami FITRAH kehidupan kita yang sebenar.

Mulai saat ini hiasilah diri kita wahai kaum lelaki sekalian dengan Zat, Sifat serta HAQ ADAM yang sebenar. Agar menjadi lelaki syurga penjaga Hawa.


Rahsia Kejadian Lelaki - Fitrah Diri - Kita Anak Adam

Manusia pertama yang diciptakan Allah adalah Nabi Allah Adam A.S ... Adam ini berjantina lelaki yang normal, sejati, wibawa, berdikari, kaya dengan ilmu tentang keduniaan, akhirat dan spiritual. Semua jenis ilmu dimuka bumi ini telah diajar kepada Adam a.s.

Ini telah dinyatakan dalam surah Al-Baqarah ayat 31 yang bermaksud :

"Dan (Allah) mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda)seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para malaikat, lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang benar."


Itulah hakikat atok moyang kita yang telah diajar dahulu sebelum Adam.a.s dicampakan ke muka bumi. Cuma kejadian Adam ini memangnya dibentuk dari tanah. Tidak berbapa dan tidak beribu. Kerana dialah bermulanya manusia yang bergelar bapa.

Manakala kita yang dilahirkan dari keturunan Adam yang terdahulu melalui proses persenyawaan manusia yang telah pun kita ketahui dan kita pelajari di sekolah menengah yang kita kenali sebagai teori embriologi. Dari sperma yang mempersenyawakan ovum, dan seterusnya menjadi zigot, seterusnya embrio, dari embrio menjadi fetus dan peringkat terakhir menjadi bayi maka lahirlah kita di muka bumi pada hari ini.

Itu semua adalah kejadian jasad manusia yang telah ditiupkan ROH oleh Allah kepada jasad tersebut. Dengan asbab ROH itulah bergeraknya jasad tersebut. Maka hidup lah jasad tersebut dengan kiriman ROH yang dititipkan Allah kedalam jasad tersebut. Inilah kita pada hari ini. Tanpa Roh maka tidak hiduplah jasad ini. Maka tiada perlu kita mengagungkan JASAD yang ada pada kita hari ini. tapi kita diminta untuk BERSYUKUR dan MENILIK jasad kita dan panjangkan segala nikmat jasad kita pada hari ini kepada Allah pencipta kita.

Dan sebelum "kita" dimasukan Allah kedalam jasad yang ada pada hari ini, kita telahpun berjanji kepada Allah yang kita ini akan sentiasa taat kepada Allah dan tidak sekali-kali akan menyembah syaitan seperti yang dinyatakan Allah dalam surah Yasin ayat 60. Akan tetapi ramai diantara kita telahpun lupa janji janji itu. Maka banyak rahsia-rahsia dunia kita terhijab dan terjadilah ramai yang hidup susah didunia ini. Serta sayangnya kepada dunia dan isinya sehingga lupa kehidupan seterusnya.

Sebenarnya kita telah mengenal Allah sebelum kita masuk kedalam jasad. Maka inilah tugas terbesar kita dimuka bumi untuk mencari ingatan itu kembali. Kerana disitu terdapat rahsia ADAM. Apabila kita ingat janji kita dahulu kita akan ingat balik segala asmak (ilmu pengetahuan) yang diajar sebelum kita masuk kedalam jasad. Sebagaimana Adam diajar segala ilmu pengetahun sebelum dicampak ke bumi, kita juga telah diajar ketika berada dialam roh. Roh ini rahsia Allah. Kita tidak tahu kecuali sedikit. Tapi bila kita dapat mengingat kembali janji-janji kita. Segala rahsia ilmu dunia akan terbuka dan pengetahuan ROH akan tersirat satu persatu.

Natijahnya : Kembali kepada fitrah, fahami hakikat jasad dan roh, Rasakan hidup hanya dengan roh tanpa jasad sebelum kita ditanggalkan dari jasad buat selama-lamanya, Bila dunia sudah kita buang, dunia akan datang kepada kita tanpa kita mencari. itulah hakikat kita.

Sekian



Salam Perkenalan Dari Pengarang Lelaki Melayu Terakhir

Assalammualaikum dan salam perkenalan semua..



Selamat datang ke blog WIBAWA LELAKI .. Dalam blog ini pengarang akan berkongsikan beberapa tips, kaedah dan cara untuk menjadi lelaki yang penuh wibawa dalam semua aspek kehidupan. Permasalahan lelaki turut dikongsi bersama serta cara mengatasi setiap permasalahan yang timbul. Dan yang paling ketara ialah pengarang akan cuba berkongsi beberapa kaedah berbentuk spiritual & supranatural dalam menjadi lelaki yang hebat dimata manusia dalam semua aspek kehidupan. Lelaki Serba Boleh. Jangan harap muka je handsome tapi tidak memberi faedah.

Dewasa kini, ramai lelaki yang cuba menampilkan dan menonjolkan dirinya sebagai HERO. Penampilan sebagai HERO ini semestinya ada maksud dan niat tersendiri bergantung kepada peribadi masing-masing. Ada yang berketrampilan sebagai lelaki yang macho dengan berpakaian kemas, ada yang menonjol dengan pembinaan bentuk tubuh yang sasa, ada yang menyinar dengan wajah yang kacak kerana sememangnya dia  kacak, ada yang menyinar dari aspek kekayaan dan ada yang menggamit hati perempuan dengan kelunakan suara yang mencairkan hati kaum hawa. Dimanakah situasi tuan-tuan sekalian??

Sememangnya Allah jadikan kita dimuka bumi ini sebagai khalifah. Dan setiap kejadian diri kita ini mempunyai POTENSI tersendiri, mempunyai MUTIARA yang bernilai dalam jasad zahir dan batin kita. Walaupun begitu kita semua bukanlah PERFECT ( SEMPURNA) .. Tapi tiada salah bagi kita jika kita ingin mencari kesempurnaan setakat yang kita mampu, asalkan kita fahami hakikat kehidupan ini.

Kadang-kadang ada yang kacak tapi takder duit, ada yang banyak duit muka tak kacak, ada yang badan berketak-ketak tapi perangai tak berapa siuman, ada yang siuman dan baik hati tapi selalu kena buli.. Ada yang hebat segalanya, badan though, muka handsome, duit banyak, baik hati tapi sayang jiwa sentiasa rasa kosong sebab selalu enjoy (yang nie sangat bahya sebab mudah dapat khianat)..Dan yang lebih malang, langsung tidak ada apa-apa bahkan selalu rasa rendah diri lalu langsung menyendiri bertemankan sepi.. Oleh yang demikian UBAHLAH, BANGKITLAH & KENALILAH HAKIKAT ADAM YANG SEBENAR DALAM DIRI ANDA.

Akhir kata dari pengarang, blog ini bukan menyatakan rasa tidak syukur dengan kejadian tuhan, tetapi sebagai manusia yang diberi pinjaman qudrat untuk berIKHTIAR maka ikhtiar lah kita selagi mampu dan bertepatan dengan kehendak agama..

Salam  berkenalan semua..