Saturday, June 22, 2013

Rahsia Kejadian Lelaki - Fitrah Diri - Kita Anak Adam

Manusia pertama yang diciptakan Allah adalah Nabi Allah Adam A.S ... Adam ini berjantina lelaki yang normal, sejati, wibawa, berdikari, kaya dengan ilmu tentang keduniaan, akhirat dan spiritual. Semua jenis ilmu dimuka bumi ini telah diajar kepada Adam a.s.

Ini telah dinyatakan dalam surah Al-Baqarah ayat 31 yang bermaksud :

"Dan (Allah) mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda)seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para malaikat, lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang benar."


Itulah hakikat atok moyang kita yang telah diajar dahulu sebelum Adam.a.s dicampakan ke muka bumi. Cuma kejadian Adam ini memangnya dibentuk dari tanah. Tidak berbapa dan tidak beribu. Kerana dialah bermulanya manusia yang bergelar bapa.

Manakala kita yang dilahirkan dari keturunan Adam yang terdahulu melalui proses persenyawaan manusia yang telah pun kita ketahui dan kita pelajari di sekolah menengah yang kita kenali sebagai teori embriologi. Dari sperma yang mempersenyawakan ovum, dan seterusnya menjadi zigot, seterusnya embrio, dari embrio menjadi fetus dan peringkat terakhir menjadi bayi maka lahirlah kita di muka bumi pada hari ini.

Itu semua adalah kejadian jasad manusia yang telah ditiupkan ROH oleh Allah kepada jasad tersebut. Dengan asbab ROH itulah bergeraknya jasad tersebut. Maka hidup lah jasad tersebut dengan kiriman ROH yang dititipkan Allah kedalam jasad tersebut. Inilah kita pada hari ini. Tanpa Roh maka tidak hiduplah jasad ini. Maka tiada perlu kita mengagungkan JASAD yang ada pada kita hari ini. tapi kita diminta untuk BERSYUKUR dan MENILIK jasad kita dan panjangkan segala nikmat jasad kita pada hari ini kepada Allah pencipta kita.

Dan sebelum "kita" dimasukan Allah kedalam jasad yang ada pada hari ini, kita telahpun berjanji kepada Allah yang kita ini akan sentiasa taat kepada Allah dan tidak sekali-kali akan menyembah syaitan seperti yang dinyatakan Allah dalam surah Yasin ayat 60. Akan tetapi ramai diantara kita telahpun lupa janji janji itu. Maka banyak rahsia-rahsia dunia kita terhijab dan terjadilah ramai yang hidup susah didunia ini. Serta sayangnya kepada dunia dan isinya sehingga lupa kehidupan seterusnya.

Sebenarnya kita telah mengenal Allah sebelum kita masuk kedalam jasad. Maka inilah tugas terbesar kita dimuka bumi untuk mencari ingatan itu kembali. Kerana disitu terdapat rahsia ADAM. Apabila kita ingat janji kita dahulu kita akan ingat balik segala asmak (ilmu pengetahuan) yang diajar sebelum kita masuk kedalam jasad. Sebagaimana Adam diajar segala ilmu pengetahun sebelum dicampak ke bumi, kita juga telah diajar ketika berada dialam roh. Roh ini rahsia Allah. Kita tidak tahu kecuali sedikit. Tapi bila kita dapat mengingat kembali janji-janji kita. Segala rahsia ilmu dunia akan terbuka dan pengetahuan ROH akan tersirat satu persatu.

Natijahnya : Kembali kepada fitrah, fahami hakikat jasad dan roh, Rasakan hidup hanya dengan roh tanpa jasad sebelum kita ditanggalkan dari jasad buat selama-lamanya, Bila dunia sudah kita buang, dunia akan datang kepada kita tanpa kita mencari. itulah hakikat kita.

Sekian



No comments:

Post a Comment