Saturday, June 22, 2013

Tips Lelaki - Pembangunan Spiritual Lelaki

Beberapa post sebelum ini banyak berkisarkan tentang hakikat kejadian lelaki. Memahami dan mengenalpasti kejadian lelaki adalah perlu walaupun dia adalah seorang lelaki. Tujuanya adalah untuk mengenal kewujudan lelaki di muka bumi ini dan apa fungsinya. Supaya tidak tersasar jauh didunia yang asyik ini. Ramai lelaki hari ini yang mengalami masalah yang banyak dalam kehidupanya akibat tidak mengetahui hakikat kejadianya. Apa yang telah saya kongsikan sebelum ini adalah penyampaian dalam bentuk ringkas sahaja..



SPIRITUAL

Spiritual adalah satu ungkapan yang sering didengar. Ianya berkaitan dengan Rohani, Batiniah dan juga kaitan dengan agama. Sebagai muslim tuntutan pembinaan spiritual ataupun rohaniah itu adalah amat penting. Pokok asasnya telah pun kita ketahui. Ustaz2 di sekolah, kolej dan universiti telah banyak mengajar kita tentang pekara-pekara asas penghidupan rohani berdasarkan amal ibadah kita kepada Allah. Rukun Islam yang 5 itu wajib kita lakukan sebagai tanggungjawab kita kepada Allah sekaligus akan meningkatkan keperluan Rohani / Spiritual seseorang dalam menongkah arus kehidupan di dunia. Tenaga spiritual seseorang akan bertambah selepas melakukan amalan-amalan wajib diikuti dengan amalan2 nawafil (sunat).


Pentingnya nilai spiritual kepada seluruh manusia amnya, dan khususnya buat kaum adam . Ia amat berkaitan dengan tanggungjawab kaum adam yang lebih berat dari Hawa untuk memimpinn dunia, memimpin keluarga, memimpin ditempat kerja, memimpin diri dan mengawal emosi agar menjadi lebih waras dan relevan setiap masa.

MASALAH TANPA SPIRITUAL

Biasanya bagi lelaki yang lemah tahap spiritualnya akan mengalami beberapa ganguan kosentrasi seperti :-
  1. Mudah marah sehingga sampai ke tahap memudharatkan orang lain
  2. Perasaan yang sukar dikawal ibarat tiada panduan dan pedoman.
  3. Tidak mempunyai hala tuju. Sering jiwanya kosong
  4. Mudah buat jahat seperti tipu, curi, rasuah, bunuh, gaduh, rogol,curang dan lain2.
Jadi, sebagai konklusinya mulakan hidup kita dengan mengamal serta melaksanakan tuntutan yang telah diwajibkan ke atas kita. Mulakan dengan sedikit tetapi berterusan. Bagi muslim ikut cara muslim. Bagi bukan muslim ikut cara spiritual agama masing2.. Kerana semua agama menganjurkan perkara kebaikan. Tiada paksaan dalam Islam.


No comments:

Post a Comment